Nik Sharif teruja berdepan Kedah

Nik Sharif teruja berdepan Kedah

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim apabila Pahang berdepan Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.
Pemain tengah Tok Gajah itu berkata, dia bersama rakan sepasukan bersedia untuk menafikan skuad Lang Merah mengisi slot suku akhir piala berprestij itu.
Justeru, katanya, prestasi terbaik akan dipersembahkan untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok gajah, sekali gus layak ke pusingan seterusnya.
“Fokus utama ialah untuk memastikan persefahaman dan komitmen sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berada pada tahap terbaik,” kata pemain kelahiran Kuantan itu.
Nik Sharif yang menjaringkan tiga gol pada saingan Liga Super musim ini juga mahu meneruskan aksi cemerlang terutama muncul selaku penjaring.
“Sudah semestinya saya mahu menjaringkan gol untuk membantu Pahang mencatat kemenangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *