Peluang seimbang: Dollah Salleh

Peluang seimbang: Dollah Salleh

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui peluang skuad
kendaliannya dan Kedah adalah seimbang untuk mengisi slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Namun, bekas pemain kebangsaan itu berkata, pertembungan pada pusingan pertama Piala Malaysia itu diharap memihak kepada skuad Tok Gajah di Stadium Darul Aman, malam esok.
“Bagi saya peluang 50-50 dan hanya pasukan yang bermain dengan baik dan memanfaatkan segala peluang akan menempah tempat ke suku akhir piala berprestij itu.
“Dengan persediaan yang dilakukan sebaik saingan Liga Super berakhir,
saya harap percaturan yang dilakukan menjadi malam esok,” katanya.
Pada perlawanan esok, Dollah dijangka mempertaruhkan Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos di bahagian serangan sambil dibantu Faisal Abdul Halim.
Kelincahan pemain tengah, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim yang cemerlang pada empat perlawanan terakhir liga turut menjadi sandaran skuad Tok Gajah.
Pada masa sama, pemain muda berumur 23 tahun itu menjaringkan tiga
gol pada aksi Liga Super.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *