Dollah kecewa Tok Gajah gagal ke suku akhir Piala Malaysia

Dollah kecewa Tok Gajah gagal ke suku akhir Piala Malaysia

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan jurulatih Pahang, Dollah Salleh selepas skuadnya gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.
  Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kekalahan 2-3 kepada Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia itu memadam misi menjulang piala paling berprestij itu.
  Katanya, kebangkitan yang dipersembahkan pada babak kedua sudah terlambat untuk menempah slot suku akhir selepas ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama.
  “Saya kecewa kerana pemain melakukan kesilapan awal dengan melepaskan tiga gol pada separuh masa pertama.
  “Walaupun bangkit dan menjaringkan dua gol pada babak kedua, ia sudah terlambat dan segalanya sudah berakhir pada kempen Piala Malaysia musim ini,” katanya.
  Pada perlawanan itu, dua gol, masing-masing satu dijaringkan oleh Muslim Ahmad dan Faizal Abdul Rani pada minit ke-48 dan 88.
  Tiga gol Kedah pula masing-masing dijaringkan oleh Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche minit ke-17, 35 dan 43.

tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *