Kerajaan Pahang kutip hasil RM680.74 juta setakat 30 Oktober lalu

Kerajaan Pahang kutip hasil RM680.74 juta setakat 30 Oktober lalu

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengutip hasil RM680.74 juta atau 91.49 peratus daripada sasaran yang ditetapkan pada tahun ini iaitu RM744.02 juta setakat 30 Oktober lalu.
Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sasaran RM744.02 juta itu berdasarkan pembentangan Belanjawan Pahang 2020 pada
tahun lalu.
Dengan berbaki dua bulan, beliau yakin hasil negeri akan
mendapat pencapaian melebihi 100 peratus.
“Dengan kewangan negeri yang kukuh, kita dapat pulangkan
kembali kepada rakyat bukan sahaja dalam bentuk projek
pembangunan yang dilaksanakan, malah pemberian sumbangan
kebajikan,” katanya.
Wan Rosdy berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Pahang kepada 99 mangsa ribut di Indera Mahkota Dua, di sini semalam.
Katanya, bantuan yang disumbangkan Kerajaan Pahang melalui Tabung Bencana Negeri itu membuktikan kewangan kerajaan negeri adalah kukuh.
“Kukuhnya pula ialah kerana langkah kutipan hasil negeri yang berkesan.
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada penjawat awam yang menguruskannya dengan penuh gigih,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *