MPK ikut peraturan lelong barang yang disita

MPK ikut peraturan lelong barang yang disita

Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Tindakan melelong barang sitaan dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengikut peraturan dan perjanjian yang sah.
Yang Dipertua MPK, YH Dato’ Hamdan Hussin berkata, lelongan barang sitaan itu sudah sering kali dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, antara barang sitaan terbabit ialah membabitkan peralatan dan perkakas perniagaan di pusat hiburan dan premis tanpa lesen.
“Tindakan MPK adalah mengikut peraturan dan penjanjian yang sah sebagaimana tindakan lelong oleh Jabatan Pengkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan bank.
“MPK juga sudah bertemu dan berbincang dengan peniaga atau penyewa berkali-kali termasuk tawaran penyelesaian secara bayaran ansuran juga dibuat.
“Kes tunggakan ini berlanjutan hingga empat tahun sehingga mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara,” katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, MPK ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan melelong barang yang disita yang dilaksanakan itu sentiasa mengikut peraturan ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *