MUIP beri wang ehsan kepada 350 guru al-Quran asrama

MUIP beri wang ehsan kepada 350 guru al-Quran asrama

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi sumbangan wang ehsan sebanyak RM105,000 kepada 350 guru al-Quran asrama sekolah di negeri ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitumal Dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata sumbangan berkenaan
sebagai tanda sokongan MUIP kepada golongan berkenaan yang berusaha untuk membasmi buta al-Quran.


Menurutnya, guru terbabit bertugas mengajar al-Quran di semua sekolah menengah yang mempunyai asrama dan mereka bertanggungjawab memastikan semua pelajar Islam mengikuti kelas mengaji yang diadakan setiap minggu.
“Keputusan memberi wang ehsan dibuat selepas MUIP menerima cadangan daripada Persatuan Guru-Guru Al-Quran Asrama Negeri Pahang dan kita menghargai kesungguhan serta keihklasan mereka mencurahkan ilmu kepada golongan pelajar.
“Hasil wang zakat diterima dapat dikongsi dengan mereka yang layak termasuk guru al-Quran asrama,” katanya pada majlis penyampaian wang ehsan kepada guru al-Quran asrama di Masjid Al-Muhammadi Markas Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing, di sini.
Dr Asmadi berkata, setiap guru menerima RM300 dan pemberian itu diharap dapat meningkatkan lagi kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Sementara itu, Pengerusi
Persatuan Guru-Guru Al-Quran Asrama Negeri Pahang, Azinah Ramli berkata, wang ehsan yang diberikan MUIP sebagai tanda sokongan kepada 350 guru di negeri ini.
“Saya mewakili semua guru mengucapkan terima kasih kepada MUIP yang sentiasa menghargai tugas yang kami digalas sebelum ini, sebelum ini banyak kemudahan turut disediakan.
“Kami akan terus memikul tugas yang diberikan dalam memastikan golongan pelajar di asrama boleh membaca al-Quran,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *