Program Tutor Maya bantu calon SPM di Pahang

Program Tutor Maya bantu calon SPM di Pahang

Samsa Yahya
fikrahpahang@gmail.com

KERDAU: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menggandakan usaha dalam menghadapi norma baharu akibat pandemik COVID-19.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, kesan pandemik itu menyebabkan sekolah seluruh negara terpaksa ditutup mulai 9 November lalu.
“Ini menyebabkan calon SPM 2020 terpaksa berusaha dengan pelbagai cara untuk menghadapi peperiksaan penting demi masa depan mereka,” katanya ketika melancarkan Program Tutor Secara Maya DUN Kerdau, di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau ketika menyampaikan ucapan di Program Tutor DUN Kerdau di kediamannya di Bukit Seding


Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang (Sektor Pembangunan Murid), Mohammad Rosli Abdul Rahman.
Program berkenaan membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau, SMK Teluk Sentang dan SMK Kuala Krau.
Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, berkata tutor maya itu boleh dilayari pelajar dengan mudah menggunakan komputer atau telefon mudah alih pada bila-bila masa. “Selain itu, kelas secara atas talian juga diadakan mengikut masa tertentu,” katanya.
Sementara itu, Guru SMK Kuala Krau, Zulkifli Mamat berkata, program itu sangat membantu pelajar dan mudah untuk mereka ikuti.
“Program tutor secara maya ini adalah dengan kerjasama Planet Mahir yang menyediakan modul daripada guru berpengalaman dari seluruh negara,” katanya ketika dihubungi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *