Sumbangan bantu penduduk meriahkan Hari Deepavali

Sumbangan bantu penduduk meriahkan Hari Deepavali

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

RAUB: Bagi kebanyakan insan, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat nasib golongan kurang bernasib baik terbela.
Dalam hal ini, sukar untuk menidakkan jasa dan sumbangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sejak dahulu sememangnya jaguh memperjuangkan kesejahteraan golongan terbabit.
Tidak kira bangsa dan agama, semuanya dibantu dengan sama rata dan seboleh mungkin.
Meneruskan tradisi berkenaan, Ketua UMNO Bahagian Raub, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram, baru-baru ini, berkesempatan bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada 150 orang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) berbangsa India di Cheroh.
“Saya berkesempatan bertemu masyarakat kaum India di Cheroh, menyampaikan sumbangan kepada 150 orang warga emas, ibu tunggal dan OKU
“Saya berharap dengan sumbangan disampaikan dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Deepavali,” kongsi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli itu di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi MIC Bahagian Raub, Dato’ Muniandy Kannan; Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Dato’ Tengku Rahman Tengku Perang dan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Raub, Mohamad Zakri Hamzah Ajoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *