Belanjawan: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang disanitasi

Belanjawan: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang disanitasi

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail

KUANTAN: Pasukan Dekontaminasi COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan melakukan operasi sanitasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, petang tadi.
Ketua Operasinya Mat Hazuwi Abdul Latif berkata, operasi selama dua jam bermula 5 petang itu disertai 10 kakitangan menggunakan tujuh unit mesin perwasapan kabus dan pam semburan tekanan.
Menurutnya, operasi sanitasi kali kedua itu dilakukan sempena pembentangan belanjawan Pahang selama lima hari bermula esok.
Katanya, operasi sanitasi yang dilakukan bertujuan memastikan tempat terbabit bebas sepenuhnya daripada virus COVID-19 dan aktiviti berkenaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Operasi sanitasi dilakukan sempena pembentangan belanjawan Pahang yang akan diadakan esok. Bagi menjamin keselamatan semua pihak usaha berkenaan perlu dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan.
“Penggunaan alat semburan yang terkini dapat melancarkan lagi operasi nyah kuman berkenaan yang selesai dengan sempurna dan berkesan ,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, sebelum ini Pasukan Dekontaminasi Covid-19 PKD Kuantan turut terbabit melakukan operasi sanitasi di beberapa lokasi tumpuan orang ramai termasuk premis dan kediaman di daerah ini.
Mat Hazuwi berkata, usaha itu terus dilakukan secara berperingkat dalam usaha menjamin keselamatan orang ramai.
“Justeru, kerjasama orang ramai untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian pendamik ini,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *