TNB Pahang sumbang dua unit mesin dialisis

TNB Pahang sumbang dua unit mesin dialisis

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail.com

ROMPIN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang menyumbang dua unit mesin dialisis kepada pusat dialisis yang beroperasi bukan untuk perniagaan di negeri ini.
Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Pahang, Rozianis Mohd Noor berkata, sebuah mesin dialisis disumbangkan kepada Pusat Dialisis Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cendewasih dan Pusat Dialisis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Rompin.
Katanya, sumbangan berkenaan bertujuan menampung jumlah pesakit di dua pusat berkenaan yang semakin bertambah.
“Hasil sumbangan pelbagai pihak sempena Malam Amal Persatuan Wanita (Pelitawanis) TNB anjuran Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur yang sepatutnya diadakan sebelum ini, namun terpaksa dibatalkan berikutan pandemik wabak Covid-19 digunakan untuk menyediakan 25 unit mesin dialisis untuk diagihkan ke seluruh negara.
“Hasil jualan meja program berkenaan membolehkan penganjur membeli 25 unit mesin dialisis dan dua unit mesin ‘dialyser reprocessor’ selepas mendapat persetujuan daripada 92 penderma,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan mesin dialisis kepada kepada Pusat Dialisis YKN Rompin, baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi
Pelitawanis TNB Cawangan Kuantan berkata, Pelitawanis TNB memilih untuk menyumbang mesin dialisis kerana memahami jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan juga membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *