UMNO dan PAS sehati sejiwa membicarakan perpaduan ummah

UMNO dan PAS sehati sejiwa membicarakan perpaduan ummah

Samsa Yahya
fikrahpahang@gmail.com

KERDAU: Atas nama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin erat, sambutan Maulidur Rasul kali ini lebih bermakna kepada penduduk daerah ini apabila menemukan tokoh UMNO dan PAS di pentas sama.
Kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada dua parti berbeza itu bergandingan dalam satu forum membicarakan mengenai penyatuan ummah.
Program dianjurkan UMNO cawangan Kampung Baduk dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kerdau diadakan di padang awam kampung berkenaan,baru-baru ini.
Ahli panel terdiri daripada ADUN Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud manakala Ahli Jawatankuasa PPU Kuala Krau, Redwan Abd Mutalib sebagai moderator.
Menurut Syed Ibrahim, masyarakat Islam hendaklah menjaga dan mempertahankan perpaduan ummah sebagaimana ditunjukkan Rasulullah SAW.
“Kegagalan kita menjaga perpaduan menyebabkan orang lain boleh menguasai negara ini dan menjejaskan Syiar Islam,” katanya.
Sementara itu, Zuridan turut mengambil contoh bagaimana Rasulullah SAW boleh menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin serta kaum Aus dan Hajrat sehingga berjaya mendirikan kerajaan Islam Madinah selain menyebarkan agama Islam.
Terdahulu, program berkenaan turut dihadiri Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato’ Ridzuan Zaaba dan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kerdau, Saharudin Mohd Salleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *