Pahang tuntut janji Kerajaan Pusat

Pahang tuntut janji Kerajaan Pusat

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sudah mengadakan pertemuan dan menulis surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan tuntutan royalti minyak atau wang ihsan sebanyak RM100 juta kepada negeri ini.
Beliau berharap usaha itu akan berhasil dan membawa berita gembira buat rakyat Pahang.
“Tindakan susulan ini bagi memastikan kerajaan pusat melunaskan janji mereka memberikan RM100 juta kepada kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Belanjawan Pahang 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Pada sebelah petangnya, ketika mengakhiri sesi penangguhan sidang DUN kali ini, Wan Rosdy menyampaikan penghargaan semua pihak kerana berjaya mengemudi dan melancarkan perjalanan persidangan selama lima hari bermula Isnin lalu.
“Penghargaan juga harus diberikan kepada penjawat awam negeri, pasukan-pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas Jabatan Kesihatan, petugas belakang tabir, petugas-petugas kebersihan seperti ‘kakak-kakak cleaner’ dan pengendali-pengendali makan minum.
“Juga ucapan terima kasih kepada wartawan, baik dalam kalangan mereka daripada entiti berita media sosial milik kerajaan negeri, mahupun arus perdana,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *