Agong dan Permaisuri berdukacita atas pemergian Orang Besar Enam Belas

Agong dan Permaisuri berdukacita atas pemergian Orang Besar Enam Belas

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Orang Besar Enam Belas kepada Kesultanan Pahang, Tok Muda Dato’ Abu Bakar Abdullah yang pulang ke rahmatullah hari ini.
Baginda berdua berduka dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarganya supaya tabah dan sabar menghadapi dugaan itu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham selaku Orang Besar Enam Belas kepada Kesultanan Pahang, masyarakat dan negeri Pahang.
“Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para solihin,” petik kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *