“Terima kasih dan penghargaan yang amat sangat kepada Menteri Besar”

“Terima kasih dan penghargaan yang amat sangat kepada Menteri Besar”

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: “Terima kasih dan penghargaan yang amat sangat kepada Menteri Besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) atas kenaikan elaun dan pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada semua guru al-Quran asrama Pahang,” kata wakil Persatuan Guru-Guru al-Quran Asrama Pahang, Sofian Mat Hassan.
Sofian berkata demikian mengulas pengumuman oleh Wan Rosdy mengenai pemberian Bantuan Khas Kewangan secara ‘one-off’ kepada guru KAFA di sekolah dan asrama di negeri ini sebanyak RM300 setiap seorang dan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan dalam Belanjawan Pahang 2021, minggu lalu.
“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Pahang dan Menteri Besar yang bukan sahaja mengumumkan pemberian bantuan ‘one-off’ RM300 kepada kami, malah menaikkan elaun sebanyak RM200 sebulan.
“Ini membolehkan kami menikmati pendapatan lebih selesa daripada RM800 kepada RM1,000 sebulan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan Dato’ Sri (Wan Rosdy),” katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang 16 November lalu, Wan Rosdy mengumumkan mengenai kenaikan elaun kepada guru al-Quran dan fardu ain asrama iaitu RM200 sebulan membabitkan peruntukan RM840,000 setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *