Insentif pembelajaran online untuk 19,254 calon SPM di seluruh Pahang

Insentif pembelajaran online untuk 19,254 calon SPM di seluruh Pahang


Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini menyerahkan Insentif Pembelajaran Secara ‘Online’ bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang.
Beliau berkata, untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM962,700 membabitkan 19,254 orang pelajar di seluruh negeri ini.
“Peruntukan ini membabitkan semua 11 daerah, 14 kawasan parlimen, 42 DUN (Dewan Undangan Negeri) dan 214 sekolah.
“Insentif ini menunjukkan sikap prihatin tinggi kerajaan negeri kepada soal kebajikan pelajar, khususnya yang berdepan kesukaran pembelajaran dalam tempoh mencabar pandemik Covid-19 yang masih membelenggu seluruh dunia termasuk Malaysia ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *