Kerajaan sahkan TEMCO di Pahang adalah palsu

Kerajaan sahkan TEMCO di Pahang adalah palsu

KUANTAN: Kerajaan negeri menafikan berita tular berkenaan pelaksanaan TEMCO di daerah ini, Pekan dan Bentong berikutan satu kes positif di Kuantan.

  Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, berkata

Jawatankuasa Task Force COVID-19 Negeri Pahang sedang giat melaksanakan proses pengesanan kontak rapat dan sedang membuat penilaian risiko terhadap kes ini.

   “Diharapkan orang ramai tidak menyebarkan berita palsu dan merujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  Sementara itu, Sallehuddin turut mengingatkan orang ramai sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, memakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam.

  “Elakkan kawasan yang sesak, sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *