Capaian internet lebih baik di luar bandar Pahang

Capaian internet lebih baik di luar bandar Pahang

KUANTAN: Liputan dan capaian internet di Pahang dijangka lebih memuaskan apabila 191 menara telekomunikasi baharu dibina di seluruh negeri pada tahun depan.

Oleh Team Fikrah Pahang

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Liputan dan capaian internet di Pahang dijangka lebih memuaskan apabila 191 menara telekomunikasi baharu dibina di seluruh negeri pada tahun depan.

   Ketika mengumumkannya, Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan masyarakat di kawasan berkenaan juga menikmati kemudahan itu yang semakin mendesak sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Kita tidak ada pilihan selain menambah baik liputan dan capaian internet kerana ia sudah menjadi norma baharu. Aspek pembelajaran dan kerja juga banyak dilakukan di rumah bagi membendung penularan Covid-19.

“Selain menara baharu, kita juga merancang menaik taraf kelajuan internet kepada 5G secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan insentif pembelajaran kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diadakan secara dalam talian di Wisma Sri Pahang.

  Mengulas mengenai insentif itu, Wan Rosdy berkata seramai 19,254 calon SPM di Pahang menerima sumbangan RM50 seorang, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM962,700 bagi membantu mereka membuat persediaan.

  Penerima sumbangan yang mula disalurkan tahun ini terdiri daripada pelajar sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat negeri, sekolah menengah agama rakyat dan maahad tahfiz.

Ends…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *