Hasil pendapatan negeri Pahang 2020: Sasar RM744 juta, kutip RM777 juta setakat hari ini.

Hasil pendapatan negeri Pahang 2020: Sasar RM744 juta, kutip RM777 juta setakat hari ini.

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan Pahang memperoleh kutipan hasil mencecah RM777 juta setakat hari ini, sekali gus mencatatkan lebihan kira-kira RM30 juta berbanding sasaran awal sebanyak RM744 juta pada tahun ini.
Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata lebihan itu berikutan kerajaan negeri menerima kutipan hasil cukai tanah persekutuan sebanyak RM31.7 juta.
“Sebentar tadi, Pegawai Kewangan negeri (Dato’ Indera Nazri Abu Bakar) memaklumkan kita (kerajaan negeri) menerima kutipan hasil cukai tanah persekutuan sebanyak RM31.7 juta, menjadikan kutipan hasil kerajaan negeri sebanyak RM777 juta bagi 2020.
“Mengikut sasaran awal, kita menjangkakan kutipan sebanyak RM744 juta, jadi terima kasih kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) kerana melunaskan cukai ini, namun masih ada lagi berbaki RM20 juta dan kita harapkan PTP dapat menyelesaikannya sebelum 31 Disember ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancang Bandar Peringkat Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dato’ Abd Rahim Muda; Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Dato’ Zainal Abidin Md Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *