MPK terus unggul, rangkul dua anugerah berprestij

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

CAMERON HIGHLANDS: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menggondol dua anugerah iaitu Anugerah Bandar Mampan 2020 Pahang untuk bandar Kuantan dan Anugerah Kejiranan Hijau Pahang sempena sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pahang.
Malah, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebelum ini turut mempamerkan keunggulannya apabila meraih tempat kedua Anugerah Bandar Mampan Terbaik oleh PlanMalaysia, baru-baru ini.
Yang Dipertua MPK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata pihaknya akan terus memastikan pembangunan bandar Kuantan pada masa sekarang dan akan datang, turut mementingkan kelestarian bandar seiring dengan pemacuan ekonomi.
“Kita tahu pembangunan seharusnya seimbang. Dalam memacu pembangunan ekonomi, kelestarian bandar amat penting sebagai warisan untuk generasi akan datang dan dalam kita memastikan pemacuan ekonomi terus berjalan dengan baik, warisan sejagat dan juga alam sekitar adalah perkara yang tidak boleh kita tinggalkan.
“Oleh itu, dengan anugerah ini, semua masyarakat di semua peringkat sama ada di komuniti pihak peniaga, pengilang dan perancang dari segi jabatan, dapat terus bekerjasama dengan kita untuk memastikan setiap perancangan yang dilaksanakan di bandar Kuantan khususnya, mengambil kira faktor-faktor berkenaan supaya pembangunan yang kita kecapi, dapat kita pastikan kenikmatan itu dirasai masa kini dan akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancang Bandar Peringkat Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands di sini, hari ini.
Majlis yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dato’ Abd Rahim Muda; Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Dato’ Zainal Abidin Md Amin.
Mengulas lanjut, Hamdan berkata, dalam menuju kemajuan, beliau berharap bandar Kuantan dapat muncul sebagai bandar pintar tetapi masih memberi penekanan dan penelitian dalam pembangunan akan datang.
“Akhirnya saya harap kita juga berada dalam kategori ‘low-carbon emission’ (pelepasan karbon rendah) dan perkara inilah yang perlu kita fikirkan dalam perancangan yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucaptamanya berkata, beliau berharap menerusi penganjuran Majlis Sambutan Perancangan Bandar Sedunia itu dapat menyemarakkan semangat semua pihak iaitu komuniti sejagat ke arah pembangunan hijau demi menjaga kelangsungan bumi yang mampan.
“Saya juga mengharapkan segala aktiviti dilaksanakan pada sambutan ini dapat memberi pendedahan dan input kepada semua pihak supaya peka dan menyayangi persekitaran serta alam semula jadiyang dianugerahkan sebagai pinjaman daripada Allah SWT,” katanya.

Gambar/video Mustaffa Kamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *