Hanya Tuhan Dapat balas jasa Tok Wan

Hanya Tuhan Dapat balas jasa Tok Wan

“Pernah dulu saya nyaris-nyaris nak arwah lepas dua batang pokok besar hempap rumah ini,” kata Norhayati Bedak, 48, masyarakat Orang Asli suku Semai dari Kampung Menson, Ringlet


Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

CAMERON HIGHLANDS: “Pernah dulu saya nyaris-nyaris nak arwah lepas dua batang pokok besar hempap rumah ini,” kata Norhayati Bedak, 48, masyarakat Orang Asli suku Semai dari Kampung Menson, Ringlet, di sini.
Ibu tunggal itu berkata, dia dan dua anaknya sentiasa hidup dalam kebimbangan ketika tinggal di kediaman diperbuat daripada buluh itu, terutama ketika hujan lebat dan ribut.

05 DISEMBER 2020 CAMERON HIGHLANDS. Reaksi Norhayati A/P Bedak, 48, bersama anaknya Suriyati A/P Sunar di rumah lama mereka yang tidak selesa di Kampung Menson. VIDEO FIKRAH/MUZ


“Kalau hujan, atap selalu bocor dan kami terpaksa duduk berhimpit menahan sejuk. Dalam satu kejadian, saya terdengar bunyi sesuatu di belakang rumah dan sebab tak sedap hati terus terjun ke bawah.
“Tak lama kemudian dua batang pokok menimpa rumah. Mujur waktu itu hari siang, kalau tak, tak tahulah pa terjadi pada saya,” katanya.
Bagaimanapun, episod gusar keluarga berkenaan berakhir apabila menerima ‘hadiah’ Rumah Rakyat Pahang (RRP) daripada kerajaan Pahang.

CAMERON HIGHLANDS 05 DISEMBER 2020. Reaksi Norhayati A/P Bedak, 48, bersama anaknya Suriyati A/P Sunar, Hadi bin Abdullah, 8 dan cucunya di rumah baru mereka Rumah Rakyat Pahang (RRP) bantuan dari Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail lebih selesa di Kampung Menson. FIKRAH/MUZ


“Kami anak beranak gembira sangat apabila dapat tahu layak menerima rumah baharu. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan (negeri) dan MB (Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail).
“Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa MB,” katanya yang ditemani anak sulung, Suriayati Sunar, 18.
Norhayati menjadi seorang daripada tiga penerima RRP yang menerima kunci rumah disampaikan Wan Rosdy dalam Majlis Penyerahan Kunci RRP Daerah Cameron Highlands di Kampung Menson di sini, semalam.
Pada majlis itu, sebanyak tiga kunci rumah diserahkan kepada tiga pemilik yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Dato’ Abd Rahim Muda.
“Sekarang saya dan keluarga tak lagi bimbang dan paling gembira sebab rumah baru ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas,” kata Norhayati terharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *