Bentong rekod empat kes baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 30 kes aktif di Pahang

Bentong rekod empat kes baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 30 kes aktif di Pahang

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pahang mencatatkan pertambahan empat kes baharu COVID-19 menjadikan kes aktif setakat ini sebanyak 30 kes.
Dalam siaran rasminya melalui aplikasi Telegram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, keempat-empat kes dikesan di Bentong.
“Satu kes diklasifikasikan import B dari Kuala Lumpur, manakala tiga lagi yang dikategorikan jangkitan tempatan, hasil saringan kontak rapat kes import berkenaan,” lapor MKN.
Sehubungan itu, MKN menasihatkan supaya orang ramai sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah dan mempraktikkan penjarakan fizikal satu meter, walaupun membabitkan ahli keluarga yang tidak tinggal serumah.
“Sekiranya anda sering berulang-alik sama ada dari Pahang ke kawasan zon merah atau sebaliknya, anda amat digalakkan menjalani ujian makmal bagi mengesan COVID-19 di mana-mana fasiliti kesihatan awam, swasta atau fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia,” petik kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *