JPNP tanam 700 pokok di kawasan Op Bertam

JPNP tanam 700 pokok di kawasan Op Bertam

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail.com

CAMERON HIGHLANDS: Tindakan segera menghijaukan kawasan yang teroka secara haram dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang menanam sebanyak 200 pokok spesies melembu susulan Op Bertam yang dilakukan minggu lalu.
Aktiviti menanam 500 lagi pokok akan dilakukan minggu ini membabitkan kawasan rizab sungai dan jalan di sepanjang Lembah Bertam.
Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Barat), Wan Ghazali Wan Ali berkata, fasa pertama penanaman membabitkan kawasan seluas satu hektar merupakan rizab sungai dan jalan yang dijadikan tapak kebun sayur dengan tanaman bawang.

CAMERON HIGHLANDS: Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands menanam pokok spesies melembu di kawasan yang dirampas daripada peneroka tanah haram di Lembah Bertam, Cameron Highlands.


Menurutnya, peruntukan khas disediakan JPNP bagi tujuan menghijaukan kawasan diceroboh di pusat peranginan tanah tinggi ini dan aktiviti menanam dilakukan kakitangan JPNP serta kontraktor yang dilantik.
Katanya, usaha menanam pokok perlu dilakukan bagi menghalang berlakunya kejadian hakisan bukit selain banjir lumpur yang mudah berlaku di kawasan cerun bukit.
“Seramai 94 kakitangan JPNP, Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands, Pejabat Silvikultur Negeri (PSN) Pahang Barat dan Unit Penguat kuasa (UPK) Pahang Barat terbabit dalam Op Bertam kali ini.
“Sebanyak 500 pokok spesies melembu akan ditanam minggu ini yang diadakan secara gotong-royong di kalangan kakitangan JPNP,” katanya.
Op Bertam diadakan selama sebulan bermula 1 Disember lalu membabitkan tindakan penguatkuasaan dilakukan di tanah kerajaan rizab jalan dan sungai yang terdapat di Lembah Bertam, Mukim Ulu Telom di mana pihak berkuasa bertindak merobohkan struktur binaan dan memusnahkan tanaman membabitkan
Sebanyak 97 lot tanah seluas
34.7093 hektar yang diteroka secara haram oleh 128 petani sejak beberapa tahun lalu.
Sebelum ini, Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan tindakan meneroka tanah kerajaan secara haram merupakan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan mengikut Seksyen 426A (1) (C) Kanun Tanah Negara Akta 56/1965.
Penerokaan kawasan di Lembah Bertam membabitkan rizab jalan seluas 5.6152 hektar Lesen Pendudukan Sementara (LPS), tanah kerajaan seluas (6.3704 hektar) dan rizab sungai (17.4059 hektar) dan tanah kerajaan (5.3178 hektar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *