Janji bawa pergi ‘shopping’ untuk pujuk kanak-kanak Orang Asli berkhatan

Janji bawa pergi ‘shopping’ untuk pujuk kanak-kanak Orang Asli berkhatan

Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail

PEKAN: “Saya terpaksa berjanji untuk beli baju, seluar dan kasut sekolah berjenama terkenal serta menarik bagi memujuk dua anak saya berkhatan.
“Malah, selepas saya janji nak bawa mereka pergi ‘shopping’ di bandar Pekan barulah mereka setuju untuk berkhatan,” kata Khatijah Abdullah, 30.
Beliau berkata, dua anaknya, Samsul Abdullah,7, dan Mohamad Irfan, 8, juga kelihatan semakin teruja untuk berkhatan selepas mendapat nasihat ustaz yang mengajar agama di kampung.

PEKAN-Urusetia program membantu kanak-kanak Orang Asli selepas berkhatan pada program berkhatan saudara baharu daerah Pekan di klinik kesihatan bandar Peka


Khatijah yang menetap di Kampung Melai, Tasik Chini, dekat sini, berkata, walaupun kedua-dua menjerit dan menangis ketika proses berkhatan, dia bersyukur semua berjalan lancar dan kira-kira 45 minit selepas berkhatan, dua anaknya sudah dibenarkan pulang.
“Selepas ini saya berharap proses sembuh khatan anak saya cepat berlaku dan tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
“Saya akan pastikan ubat yang dibekalkan dimakan oleh Samsul dan Mohamad Irfan,” katanya ditemui pada program berkhatan saudara baharu di klinik kesihatan bandar Pekan.
Seramai 17 kanak-kanak Orang Asli suku kaum Jakun berumur antara lima hingga 12 tahun berkhatan pada majlis yang dirasmikan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Pekan, Dato’ Mohd Aripin Daut.


Hadir sama, Pengurus Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan,
Muhammad Hafidz Abdul Halim.
Program kali ketiga itu dianjurkan PERKIM Cawangan Daerah Pekan dengan kerjasama MUIP Cawangan Daerah Pekan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) Pekan dan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan.
Mohd Aripin berkata, kanak-kanak yang menyertai program berkhatan kali ini tinggal di empat perkampungan Orang Asli di daerah ini.
Menurutnya, tidak ada sebarang bayaran dikenakan terhadap penjaga yang berdaftar dan berkumpul di Baitur Rahah, di sini untuk menerima cenderahati daripada penganjur sebelum bergerak ke klinik kesihatan bandar Pekan.
kesihatan bandar Pekan.
“Program berkhatan saudara baharu ini diadakan bagi membantu penjaga. Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran.Mereka tidak perlu mengeluarkan belanja
antara RM80 hingga RM150 sekiranya berkhatan klinik swasta.
“Usaha yang dilakukan PERKIM Cawangan Daerah Pekan ini antara bantuan disediakan kepada masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam, selain itu kita turut menyediakan pelbagai lain sepanjang tahun,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *