‘Pegawai, kakitangan MPK benci rasuah’

‘Pegawai, kakitangan MPK benci rasuah’

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Hamdan Hussin mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah pada Program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Negeri Pahang 2020, hari ini.
Program berkenaan dilancarkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Encik Hairuzam Mohmad Amin di ibu pejabat MPK, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),YH. Dato’ Hamdan Hussin mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah pada Program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 Pahang


Mengulas program berkenaan, Hamdan berkata, MPK komited dalam usaha membanteras rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pecah amanah di kalangan kakitangannya.
Katanya, isu rasuah sentiasa berkait rapat dengan persepsi kerana tugas MPK sentiasa berdepan dengan orang ramai.
“Bagi memantapkan intergriti, MPK melaksanakan kursus, latihan dan ceramah bagi melahirkan warga kerja yang produktif dan beretika serta
mampu mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan
dasar yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Hairuzam berkata, warga MPK diminta istiqamah, berintegriti dan bersabar dalam melaksanakan tugasan terutama tidak terbabit dalam amalan rasuah.
Sebagai barisan hadapan, beliau percaya warga MPK berhadapan cabaran besar dalam melayan pelbagai kerenah pelanggan.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut berhadapan pelbagai tohmahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa apabila tidak memenuhi permintaan segelintir pihak.
“Oleh itu, saya menyeru semua warga MPK agar bersabar, teruskan istiqamah dan amalkan integriti yang paling tinggi untuk bersama membanteras segala bentuk perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
“Tindakan memerangi pemberi rasuah boleh meningkatkan imej dan kredibiliti MPK sebagai pelaksana amanah rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *