Ikan patin Temerloh terbaik di Pahang

Ikan patin Temerloh terbaik di Pahang

14 DISEMBER 2020 TEMERLOH: Ikan patin yang hidup yang mendiami Sungai Pahang diiktiraf sebagai spesies patin yang terbaik di Malaysia.


Di antara spesies patin yang terdapat dalam Sungai Pahang pula, patin yang ditangkap atau diternak dalam sangkar di Temerloh dianggap sebagai spesies yang paling enak dimakan kerana tekstur dagingnya yang amat sesuai untuk dimasak gulai tempoyak.


Jadi, tidak hairanlah ikan patin di daerah Temerloh menjadi buruan peminat juadah ikan sungai bukan sahaja di negeri Pahang, malah dari seluruh negara.
Harga ikan patin yang diternak dalam sangkar di Temerloh mencecah RM15 hingga RM17 sekilogram dan pasarannya kini meluas di seluruh Malaysia.
Peniaga yang juga penternak ikan patin dalam sangkar di Kuala Krau, Temerloh, yang hanya dikenali sebagai Ali, 36, memberitahu beliau mampu menjual sehingga ratusan kilogram ikan patin setiap hari.


Beliau yang memiliki 45 buah sangkar ikan patin dan tilapia merah berkata, gerai jualannya di Kampung Masjid tidak putus-putus disinggahi pelanggan yang datang dari merata pelusuk tanahair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *