Musim tengkujuh bukan masa bersahabat dengan pantai

Musim tengkujuh bukan masa bersahabat dengan pantai

Muhammad Izz Zahin

ikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Orang ramai yang berkunjung ke kawasan pantai di daerah ini pada musim tengkujuh dinasihatkan sentiasa mengutamakan keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Hamdan Hussin berkata, sebagai peringatan, MPK sudah menaikkan bendera amaran di sepanjang pantai terutama di lokasi yang sering menjadi tumpuan.
Katanya, pada masa sama, semua petugas termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan untuk memastikan pengunjung peka dalam keadaan musim tengkujuh.
“Saya harap semua dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing terutama pada musim tengkujuh dan air pasang besar.
“Banyak risiko wujud dari keadaan semasa ini memerlukan perhatian yang lebih serta berjaga-jaga supaya kita berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pantai yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Teluk Cempedak, Batu Hitam, Balok, Cherating, Chendor,
Kempadang dan Sepat.
Tinjauan di pantai Batu Hitam hari ini, mendapati tiada aktiviti air dilakukan pengunjung.
Bagaimanapun, beberapa pengunjung kelihatan tidak mengendahkan amaran apabila mandi-manda di pantai Teluk Cempedak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *