MN miliki ‘formula ajaib’: Ahmad Maslan

MN miliki ‘formula ajaib’: Ahmad Maslan

Helmy Abd Rahman 

helmy@fikrahpahang.com.my

*Online

H: MN miliki ‘formula ajaib’: Ahmad Maslan

Helmy Abd Rahman 

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/Video Farizul Hafiz Awang

BERA: Ahli UMNO diingatkan supaya tidak bersengketa dengan pengikut PAS bagi memastikan kemenangan calon Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

  Mengulas mengenai perkara itu, Setiausaha Agung UMNO Dato’ Sri Ahmad Maslan, berkata kemungkinan PRU-15 dijangka diadakan tahun depan.

  “Di Pahang ini misalnya, jika pada PRU-14 kita bekerjasama dengan PAS, kita boleh menang semua 14 bahagian Parlimen. 

  “Inilah formula ajaib yang boleh memenangkan kita di seluruh Malaysia,” katanya ketika Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Felda Bukit Mendi, di sini, semalam.

  Hadir sama, Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Penerangan UMNO Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Ayed Ahmad.   

  Menurut Ahmad Maslan, dengan kata lain, ahli UMNO dinasihatkan supaya tidak berbalah dengan PAS.

  Dalam pada itu, warga FELDA perlu mengambil iktibar terhadap kerugian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan kejatuhan merudum harga sawit mentah ketika negara ditadbir Pakatan Harapan (PH). 

  “Peneroka turut terkena tempias sebaik FELDA mula mengalami masalah kewangan selepas saham FGV jatuh sebaik PH berkuasa.

  “Sebelum itu FGV untung setiap tahun. Tapi bila PH dapat ‘menawan’ negara kita, saham jatuh merudum, FGV rugi untuk kali pertama. Begitu juga Khazanah Nasional Bhd yang selama lapan tahun berturutan untung mengalami kerugian serta Tabung Haji (TH) yang selamanya untung tapi bila mereka (PH) ambil alih, rugi.  

  “Apabila rugi, lantas mereka salahkan BN (Barisan Nasional). Sebenarnya bukan kita salah, tapi mereka tak pandai tadbir negara… sebab itu saham jatuh merudum, RM400 bilion hilang dari Bursa Malaysia yang berpunca daripada pengumuman hutang Malaysia sebanyak RM1 trilion,” katanya.

  Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, melalui usaha yang dimulakan BN dan kemudian disambung kerajaan Perikatan Nasional (PN) berunding dengan kerajaan India, membolehkan harga sawit kembali meningkat.

  “Hasil rundingan kerajaan kita dengan kerajaan India, mereka bersetuju turunkan cukai import sawit sebanyak 10 peratus dan peneroka sekarang menikmati hasilnya aabila harga tandan segar sawit meningkat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *