Empat anak jati Pahang perkuat skuad Tok Gajah

Empat anak jati Pahang perkuat skuad Tok Gajah

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Empat pemain yang juga anak jati Pahang sah menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

   Mereka yang sebelum ini beraksi bersama pasukan luar Pahang ialah Abdul Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad Zulkifli, Baqiuddin Shamsudin dan Muhammad Jadid Ilias.

  Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran empat pemain itu diharap membantu memperkemaskan lagi skuad itu terutama jentera di bahagian tengah dan pertahanan.

  Katanya, pengalaman dimiliki empat pemain itu yang akan bergandingan dengan pemain lain dan awang import menambah kekuatan pasukan.

  “Dengan kemasukan empat pemain ini, ia menjadikan Pahang mempertaruhkan 80 peratus anak jati Pahang sambil dibantu beberapa pemain luar dan import.

  “Berdasarkan perancangan, kita mahu Pahang melakar kejayaan lebih baik musim depan,” katanya.

  Berdasarkan rekod, Abdul Malik sebelum ini beraksi dengan Terengganu FC (TFC), Shahrul Aizad (TFC/Felda United FC), Baqiuddin (UKM FC) dan Muhammad Jadid (Felda United).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *