Veteran DUN Kerdau tumpaskan Ex-Lipis

Veteran DUN Kerdau tumpaskan Ex-Lipis

Oleh Samsa Yahya
Gambar Samsa Yahya

TEMERLOH, 30 Disember 2020: Pasukan Veteran DUN Kerdau menewaskan Ex-Lipis 2-1 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Awam Kampung Kuala Tekal, Kerdau, dekat sini, semalam.
Pasukan Veteran DUN Kerdau diketuai oleh Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad manakala Ex-Lipis dipimpin oleh Dato’ Abu Jimi Abd Samat, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Veteran DUN Kerdau mendahului Ex-Lipis melalui gol yang dijaringkan oleh DS Syed Ibra setelah pemain pasukan itu dijatuhkan dalam kotak penalti.
DS Syed Ibra kemudian menyempurnakan tendangan penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Ex-Lipis.
Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan Ex-Lipis mula menunjukkan taring dan berjaya mengikat pasukan lawan apabila menyamakan kedudukan 1-1.
Sebelum wisel penamat ditiup pengadil, pasukan Veteran DUN Kerdau kembali bangkit memimpin perlawanan sebelum persaingan berkesudahan Veteran DUN Kerdau mengatasi Ex-Lipis dengan jaringan 2-1.
Selain beriadah, acara itu dapat mengeratkan lagi hubungan di samping memupuk cara hidup aktif serta menjaga kesihatan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *