Dooley hampir pasti pilihan Sri Pahang FC

Dooley hampir pasti pilihan Sri Pahang FC

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Teka-teki siapa jurulatih yang akan membimbing pasukan Sri Pahang FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021 bakal terjawab, Isnin ini.

  Difahamkan, pengurusan Sri Pahang FC akan membuat pengumuman rasmi pemilihan jurulatih baharu itu pada hari berkenaan.

  Namun, sumber Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayangkan bekas jurulatih Filipina, Thomas Dooley hampir pasti dipilih menjadi jurulatih pasukan itu.

  “Sebenarnya Dooley sudah berada di sini dan akan memulakan tugas pertamanya Isnin ini sebagai jurulatih baharu Sri Pahang FC,” katanya.

  Sebelum ini, jawatan jurulatih Sri Pahang menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat skuad Tok Gajah sama ada memilih jurulatih tempatan atau import bagi musim 2021.

  Pelbagai spekulasi dikaitkan termasuk menyenarai pendek beberapa jurulatih tempatan dan import untuk membimbing pasukan itu.

  Musim lalu, skuad Tok Gajah dilatih Dollah Salleh yang juga bekas pemain kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *