UPDATE BANJIR PAHANG – 6.30 PETANG

UPDATE BANJIR PAHANG – 6.30 PETANG

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Situasi banjir di Pahang semakin membimbangkan apabila sebanyak 70 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 3,273 mangsa banjir daripada 902 keluarga dibuka di sembilan daerah sehingga jam 6.30 petang ini.

  Daerah paling teruk terjejas ialah Kuantan yang mencatat sebanyak 1,027 mangsa daripada 279 yang ditempatkan di 12 PPS, diikuti Maran membabitkan 593 mangsa daripada 149 keluarga (tujuh PPS); Raub dengan 456 mangsa daripada 158 keluarga (26 PPS); Jerantut, 433 mangsa daripada 109 keluarga (10 PPS); Rompin, 358 mangsa daripada 92 keluarga (enam PPS); Temerloh, 273 mangsa darpada 79 kelurga (empat PPS); Pekan, 53 mangsa daripada 14 keluarga (dua PPS); Bentong, 45 mangsa daripada lapan keluarga (satu PPS) dan Lipis sebanyak 35 mangsa daripada 12 keluarga (dua PPS).

  Mengikut aplikasi infoBencanaJKM, daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 1,081 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (1,147, Kanak-kanak lelaki (481), kanak-kanak perempuan (478), bayi lelaki (43), bayi perempuan (43), warga emas lelaki (126), warga emas perempuan (137), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (19) dan OKU perempuan (tiga).

  Sementara itu, portal ttps://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di empat sungai di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu di Sungai Lipis dekat Benta di Lipis; Sungai Teris, Kuala Gandah di Temerloh; Sungai Kuantan dekat Sungai Lepar/Jambatan Gelugor di Kuantan dan Sungai Lipis di Batu Malim di Lipis.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *