Abdul Malik, Shahrul Aizad teruja sarung jersi Sri Pahang

Abdul Malik, Shahrul Aizad teruja sarung jersi Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Dua rakan karib, Abdul Malik Mat Ariff dan Shahrul Aizad Zulkifli teruja kerana dapat kembali bersama apabila dipilih untuk menyarung jersi Sri Pahang FC musim ini.

  Selepas `terpisah’ kerana memilih haluan berbeza musim lalu, dua bekas pemain Kuantan FA dan Terengganu FC (TFC) itu berterima kasih kepada pengurusan kelab berkenaan.

  Justeru, dua pemain tengah itu berazam untuk membantu Sri Pahang FC melakar kejayaan membanggakan pada musim 2021.

  Bagi Abdul Malik, dia tidak sabar untuk mempamerkan prestasi terbaik bersama pasukan negeri kelahiran.

  “Peluang yang diberikan akan dibalas dengan memberikan komitmen tinggi buat skuad Tok Gajah untuk kembali memberikan saingan kepada pasukan lawan.

  “Sudah pasti saya dan rakan sepasukan akan meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M),” kata pemain berasal dari Beserah, Kuantan.

  Sementara itu, Shahrul Aizad berkata, beraksi bersama pasukan negeri kelahiran meningkatkan lagi motivasinya untuk bermain pada tahap terbaik.

  “Pengalaman bersama beberapa pasukan sebelum ini memberi lebih keyakinan dan semangat untuk membantu Sri Pahang menjulang piala musim ini,” kata pemain kelahiran Felda Bukit Goh, Kuantan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *