Mangsa banjir di Maran meningkat 4,483 orang

Mangsa banjir di Maran meningkat 4,483 orang

#UPDATE BANJIR PAHANG – 9 malam

H:Mangsa banjir di Maran meningkat 4,483 orang

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat secara mendadak apabila sebanyak 15,062 mangsa daripada 3,881 keluarga dicatatkan sehingga 9 malam ini, berbanding 8,414 mangsa daripada 2,874 keluarga jam 9 pagi tadi.

  Sebanyak 214 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah di Pahang berbanding 181 pagi tadi.

  Daerah paling teruk terjejas ialah Maran yang mencatat sebanyak 4,483 mangsa daripada 1,119 keluarga yang ditempatkan di 32 PPS diikuti Kuantan, 3,460 mangsa daripada 937 keluarga (32 PPS); Jerantut 1,768 mangsa daripada 386 keluarga (34 PPS); Raub 1,710 mangsa daripada 480 keluarga (46 PPS); Lipis, 1,309 mangsa daripada 344 keluarga (27 PPS); Temerloh, 1,073 mangsa darpada 287 kelurga (21 PPS); Rompin, 845 mangsa daripada 226 keluarga (10 PPS); Pekan 216 mangsa daripada 50 keluarga (lapan PPS) dan Bentong 198 mangsa daripada 52 keluarga (empat PPS). 

  Aplikasi infoBencanaJKM memaklumkan, daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 5,307 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (5,191), Kanak-kanak lelaki (2,147), kanak-kanak perempuan (2,122), bayi lelaki (159), bayi perempuan (191), warga emas lelaki (396), warga emas perempuan (536), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (66) dan OKU perempuan (29).

  Sementara itu, portal ttps://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di tujuh sungai di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu di Sungai Jelai di Jeram Bungor dan Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Kuala Sungai Chini, Pekan dan Kuantan Bypass, Kuantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *