UPDATE BANJIR PAHANG – 9 pagi

UPDATE BANJIR PAHANG – 9 pagi

Air di 10 sungai di Pahang kini melepasi paras bahaya

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah dengan drastik apabila sebanyak 8,414 mangsa daripada 2,874 keluarga dicatatkan sehingga 9 pagi ini.

  Semua mangsa ditempatkan di 181 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini.

  Daerah paling teruk terjejas ialah Kuantan yang mencatat sebanyak 2,275 mangsa daripada 601 keluarga yang ditempatkan di 30 PPS diikuti Raub dengan 1,448 mangsa daripada 411 keluarga (45 PPS); Maran, 1,176 mangsa daripada 1,013 keluarga (36 PPS); Jerantut, 1,097 mangsa daripada 220 keluarga (24 PPS); Lipis, 841 mangsa daripada 222 keluarga (19 PPS); Rompin, 704 mangsa daripada 185 keluarga (lapan PPS); Temerloh, 563 mangsa daripada 151 kelurga (12 PPS); Bentong, 219 mangsa daripada 54 keluarga (tiga PPS) dan Pekan, 91 mangsa daripada 17 keluarga (empat PPS).

  Aplikasi infoBencanaJKM memaklumkan, daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 2,929 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (2,984), Kanak-kanak lelaki (1,178), kanak-kanak perempuan (1,128), bayi lelaki (95), bayi perempuan (100), warga emas lelaki (273), warga emas perempuan (380), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (39) dan OKU perempuan (22).

  Sementara itu, portal ttps://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di 10 sungai di negeri ini melepasi paras bahaya iaitu di Sungai Jelai, Kuala Medang di Lipis; Sungai Teris, Kuala Gandah di Temerloh; Sungai Kuantan dekat Sungai Lepar/Jambatan Gelugor di Kuantan; Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Lipis di Batu Malim, Lipis; Sungai Jelai di Kuala Medang (stesen 4218416), Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan dan Kuantan Bypass, Kuantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *