Temerloh catat jumlah mangsa banjir tertinggi hari ini

Temerloh catat jumlah mangsa banjir tertinggi hari ini

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 23,557 mangsa  daripada 6,298 keluarga dicatatkan sehingga jam 10 malam ini berbanding  21,033 mangsa (5,608 keluarga) jam 2 petang tadi.

  Sebanyak 17 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 272 PPS berbanding 255 awal petang hari ini. 

  Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas dengan bilangan 5,428 mangsa daripada 1,470 keluarga di 53 PPS, diikuti Maran dengan 5,241 mangsa/1,448 keluarga (41 PPS); Kuantan, 3,426 mangsa/914 keluarga (33 PPS); Lipis, 2,551 mangsa/675 keluarga (40 PPS); Jerantut, 2,455 mangsa/595 keluarga (36 PPS); Raub, 2,182 mangsa/573 keluarga (34 PPS); Rompin, 970 mangsa/254 keluarga (enam PPS); Pekan, 723 mangsa/209 keluarga (19 PPS) dan Bera 581 mangsa/160 keluarga (10 PPS). 

  Aplikasi infoBencanaJKM memaklumkan, daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 8,024 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (8,304), Kanak-kanak lelaki (3,352), kanak-kanak perempuan (3,230), bayi lelaki (302), bayi perempuan (347), warga emas lelaki (742), warga emas perempuan (920), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (123) dan OKU perempuan (73).

  Sementara itu, portal ttps://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di sembilan sungai di negeri ini berada di zon merah iaitu melepasi paras bahaya.

  Sungai (Sg) terbabit ialah di Sg Bera di Jambatan Sg Bera dan Sg Pahang di Water Front, Bera; Sg Pahang di Lubok Paku, Sg Jempol di Ran FELDA Jengka dan Sg Pahang di Lubuk Paku (stesen 3527410), Maran; Sg Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sg Pahang di Sg Yap, Jerantut; Sg Pahang di Temerloh dan Kuantan Bypass, Kuantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *