114 ahli PBPBNP menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong

114 ahli PBPBNP menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong

Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
pic

KUANTAN: Seramai 114 ahli Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Pahang (PBPBNP) menjunjung kasih di atas kurniaan wang tunai RM300 setiap ahli yang diterima daripada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini hari ini.
Setiausaha PBPBNP, Nazeri Hussain berkata, sumbangan keseluruhan berjumlah RM34,200 itu amat bermakna kepada ahli persatuan ketika
negara berdepan pandemik COVID-19 dan bencana banjir.
“PBPBNP menjunjung kasih di atas sumbangan wang tunai yang juga kurniaan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri.
“Sumbangan wang tunai RM300 setiap ahli menujukkan keprihatinan Al-Sultan Abdullah kepada bekas pemain Pahang,” katanya pada Majlis Penyampaian Kurniaan Yang di-Pertuan Agong kepada PBPBNP di sini.
Hair sama, Naib Yang Dipertua Satu PBPBNP, Mohamed Hassan dan Naib Yang Dipertua Dua PBPBNP, Ishak Musa.
Antara bekas pemain yang hadir pada majlis berkenaan ialah Datuk Jamal Nasir Ismail, Tajuddin Nor, Abdullah Din, Ramli Mahmud, Rosmaini
Mohd Shah, Zulhamizan Zakaria dan Suhaimi Mohd Nor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *