Mangsa banjir menurun, namun 8 sungai di Pahang masih berada paras bahaya

Mangsa banjir menurun, namun 8 sungai di Pahang masih berada paras bahaya

Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun sedikit kepada 23,110 mangsa daripada 6,271 keluarga sehingga jam 2.30 petang ini berbanding 23,557 mangsa 6,298( keluarga) dicatatkan malam tadi.
Bagaimanapun jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 279 berbanding 272 sebelum ini.
Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas dengan bilangan 5,918 mangsa daripada 1,622 keluarga di 55 PPS, diikuti Maran dengan 4,574 mangsa/1,334 keluarga (42 PPS); Kuantan, 3,067 mangsa/824 keluarga (31 PPS); Lipis, 2,528 mangsa/664 keluarga (39 PPS); Jerantut, 2,323 mangsa/565 keluarga (35 PPS); Raub, 1,947 mangsa/522 keluarga (33 PPS); Rompin, 994 mangsa/259 keluarga (lapan PPS); Pekan, 968 mangsa/270 keluarga (25 PPS) dan Bera 791 mangsa/211 keluarga (11 PPS).
Mengikut aplikasi infoBencanaJKM, daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 7,937 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (8,209), Kanak-kanak lelaki (3,213), kanak-kanak perempuan (3,096), bayi lelaki (312), bayi perempuan (360), warga emas lelaki (775), warga emas perempuan (937), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (127) dan OKU perempuan (84).
Sementara itu, portal ttps://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di lapan sungai di negeri ini berada di zon merah iaitu melepasi paras bahaya.
Sungai (Sg) terbabit ialah Sg Pahang di Lubok Paku, Sg Jempol di Ran FELDA Jengka, Sg Kundang di Jambatan Sg Kundang, Sg Pahang di Lubuk Paku (stesen 3527410) dan Sg Pahang di Chenor, semuanya di Maran; Sg Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sg Pahang di Temerloh dan Kuantan Bypass, Kuantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *