7 sungai di Pahang masih melepasi paras bahaya

7 sungai di Pahang masih melepasi paras bahaya

#UPDATE BANJIR PAHANG (9 Januari 2021) – 8.30 malam

H: 7 sungai di Pahang masih melepasi paras bahaya

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Air di tujuh sungai di Pahang berada di zon merah iaitu melepasi paras bahaya manakala tiga lagi berada di paras berjaga-jaga (jingga) sehingga jam 8.30 malam ini.

  Portal https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan sungai di zon merah membabitkan tiga di Maran, Bera (dua) dan masing-masing satu di Pekan serta Temerloh.

  Sungai (Sg) terbabit ialah Sg Jempol di Ran FELDA Jengka, Sg Kundang di Jambatan Sg Kundang dan Sg Pahang di Lubuk Paku (Maran); Sg Bera di Jambatan Sg Bera dan Sg Pahang di Water Front (Bera); Sg Pahang di Paloh Hinai (Pekan) serta Sg Pahang di Temerloh.

  Dua sungai yang berada di zon jingga ialah Sg Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dan Sg Jelai di Jeram Bungor, Lipis.

  Sementara itu, sebanyak 26,392 mangsa banjir daripada 7,132 keluarga dicatatkan di negeri ini sehingga 8.30 malam.

  Aplikasi infoBencana JKM melaporkan, semua mangsa ditempatkan di 281 pusat pemindahan sementera (PPS) di sembilan daerah.

  Daerah paling teruk terjejas ialah Temerloh yang mencatatkan 12,194 mangsa daripada 3,338 keluarga ditempatkan di 89 PPS diikuti Maran, 3,709 mangsa/1,000 keluarga (40 PPS); Lipis, 2,330 mangsa/613 keluarga (36 PPS); Pekan 2,260 mangsa/644 keluarga (32 PPS); Raub, 1,788 mangsa/466 keluarga (28 PPS); Jerantut, 1,493 mangsa/395 keluarga (26 PPS); Bera, 1,457 mangsa/401 keluarga (14 PPS); Kuantan 973 mangsa/228 keluarga (13 PPS) dan Rompin, 200 mangsa/49 keluarga (tiga PPS).   

  Daripada keseluruhan jumlah mangsa, sebanyak 9,184 terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa (9,467), Kanak-kanak lelaki (3,604), kanak-kanak perempuan (3,437), bayi lelaki (342), bayi perempuan (397), warga emas lelaki (1,000), warga emas perempuan (119), Orang Kelainan Upaya (OKU) lelaki (175) dan OKU perempuan (119).

E

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *