UMP belanja kelengkapan sekolah 52 anak yatim

UMP belanja kelengkapan sekolah 52 anak yatim

UMP belanja kelengkapan sekolah 52 anak yatim

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: “Terima kasih Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sudi menyumbangkan kelengkapan persekolahan kepada tiga anak saya,” kata Nor Shahidah Ajizan, 39.

  Dia ditemui pada Program ‘Back To School’ membabitkan 

seramai 52 anak yatim dan keluarga asnaf daerah Pekan yang diberi peluang memilih sendiri kelengkapan persekolahan di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

  Menurut Nor Shahidah, dia tidak menyangka tiga anaknya berpeluang menerima bantuan terbabit kerana sebelum ini mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan persekolahan.

  “Bagi pihak tiga anak berusia tujuh, lapan dan 11 tahun, saya mengucapkan terima kasih kepada UMP yang prihatin dengan nasib golongan miskin dan anak yatim,” katanya yang menetap di Kampung Baru, di sini.

  Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Prof Madya Dr Mohd Rusllim Mohammad berkata, program 

‘Back To School’ dianjurkan oleh Persatuan Wanita UMP (Matahari) dengan kerjasama UMP Advanced Education, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat serta Pusat Penyelidikan Biosains Tropika Termaju (Pusat Biotropik).

  Menurutnya, program 

‘Back To School’ merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan serta sokongan.

  “Saya berharap sumbangan yang diberikan dapat menyuntik semangat kanak-kanak terbabit yang akan memulakan sesi persekolah tidak lama lagi dan seterusnya dapat belajar bersungguh-sungguh hingga mencapaian dalam bidang pelajaran.

  “Kita akan memantau kanak-kanak terbabit dalam bidang pelajaran, mereka akan disediakan program kecemerlangan pelajaran sekiranya mendapat sokongan keluarga,” katanya yang turut sama memilih pakaian kanak-kanak terbabit.

  Bagi pemangku Presiden Persatuan Wanita UMP (MATAHARI), Datin Sri Fazia Ali, ada di kalangan keluarga kanak-kanak terbabit terjejas pendaparan berikutan  pandemik Covid-19 yang melanda negara.

  “Pada program kali ini, setiap kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih sendiri uniform sekolah, kasut dan kelengkapan lain dengan anggaran bernilai RM150 dan pelajar sekolah menengah sebanyak RM240,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *