COVID-19 : Pahang catat 1,609 kes keseluruhan dengan 8 kematian sementara 1,097 sembuh

COVID-19 : Pahang catat 1,609 kes keseluruhan dengan 8 kematian sementara 1,097 sembuh

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negeri ini menjadikan sebanyak 504 kes aktif sehingga jam 12 tengah hari tadi.

  Jumlah keseluruhan kes pula bagi Pahang kini mencecah 1,609 kes dan daripada angka berkenaan sebanyak lapan kematian sudah dilaporkan setakat ini.

  Sebanyak 14 kes sembuh harian dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1097.

  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melaporkan, kes baharu terbanyak dikesan di Kuantan dengan 19 kes harian menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak 80 kes; diikuti Bentong (lapan kes harian/358 kes aktif); Pekan (lima kes harian/19 kes aktif); Temerloh tiga kes harian/13 kes aktif); Raub (tiga kes harian/11 kes aktif); Maran (dua kes harian/13 kes aktif) dan Lipis (satu kes harian/satu kes aktif). 

  Sehubungan itu, JKN Pahang mengingatkan supaya orang ramai sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup muka, menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter, kerap membasuh tangan dan segera ke klinik kesihatan berhampiran sekiranya bergejala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *