Hujan lebat luar biasa punca peningkatan air sungai

Hujan lebat luar biasa punca peningkatan air sungai

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Hujan lebat luar biasa direkodkan pada 3 Januari lalu di beberapa stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Maran iaitu di Sungai (Sg) Jempol dan kawasan sekitarnya dengan rekod tertinggi dicatatkan di Ladang Chenor iaitu sebanyak 285 milimeter (mm).

  Keadaan itu menyebabkan peningkatan air sungai dan seterusnya membanjiri kawasan rendah di daerah berkenaan.

  JPS Pahang memaklumkan, situasi serupa turut berlaku di Raub apabila merekodkan jumlah taburan hujan sebanyak 225mm di Stesen Sg Pasu, Stesen Hulu Gali (195.5mm), Stesen Kampung Dong (197.5mm), Stesen Jeruas (177.5mm), Stesen Batu Talam (173.5mm).

  “Hujan lebat juga menjadi menyebabkan peningkatan air di sungai-sungai utama iaitu di Sg Jelai, Lipis; Sg Tembeling, Jerantut dan Sg Pahang yang merentasi daerah Jerantut, Temerloh Maran, Bera dan Pekan,” petik kenyataan dikeluarkan JPS Pahang di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *