Pergerakan Rentas Negeri Di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Mulai Rabu Ini – PM

Pergerakan Rentas Negeri Di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Mulai Rabu Ini – PM

Pergerakan Rentas Negeri Di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Mulai Rabu Ini – PM

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUALA LUMPUR: Pahang antara enam negeri perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu bermula Rabu ini hingga 26 Januari depan.

  Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas PKP susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

  Selain Pahang, lima lagi negeri terbabit ialah Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

  Perdana Menteri juga mengumumkan pelaksanaan PKP bagi enam lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), juga bermula 13 Januari (Rabu) hingga 26 Januari ini.

  Selain itu, katanya, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi dua negeri iaitu Perlis dan Sarawak, juga sepanjang tempoh sama.

  “Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan contohnya Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali.

  “Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P,  aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard) ketat. Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan,” katanya.

  Menurutnya, susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada Rabu jam 12.01 tengah malam.

  “Bagi negeri yang melaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad iaitu dalam radius 10 kilometer (km) radius sahaja, manakala untuk tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit berdekatan, hanya dua anggota isi rumah dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan sama.

  “Mana-mana individu melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000,” katanya.

E

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *