1.65 tan pakaian diagih kepada mangsa banjir

1.65 tan pakaian diagih kepada mangsa banjir

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 1.65 tan pakaian diagihkan kepada mangsa banjir di lima daerah iaitu Temerloh, Maran, Raub, Bera dan Lipis.

  Pengagihan pakaian sumbangan daripada orang ramai itu hasil Program Pengumpulan dan Pengagihan Pakaian anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Persatuan Pengakap.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, pihaknya masih menerima sumbangan pakaian daripada orang ramai sehingga 29 Januari ini.

  “Orang ramai yang berhasrat menyumbang pakaian boleh berbuat demikian di pusat pengumpulan di Dewan Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini yang dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang.

  “Objektif pengumpulan pakaian itu bagi membantu mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir di Pahang,” katanya.

  Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan Program Prihatin MPK bersama Komuniti Kuantan di pusat penempatan sementara (PPS) di Kampung Ubai, di sini baru-baru ini.

  “Mangsa banjir boleh memilih sendiri pakaian dan MPK berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *