Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: “Terima kasih

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

yang segera tampil membantu ketika saya sekeluarga dalam kesusahan,” kata ibu tunggal, Nurul Wahida Abdul Kadir, 28.

   Menurutnya, tanpa bantuan segera agensi berkenaan dia tidak pasti nasib keluarganya terutama lima anaknya berumur satu hingga 13 tahun yang memerlukan pembelaan kerana

Wang simpanan sudah habis dibelanjakan untuk membeli barangan dapur sebelum ini.

  Lebih perit lagi katanya, apabila dia diberhentikan kerja oleh syarikat telekomunikasi seminggu lalu yang menyebabkan mata pencariannya kini terputus.

  “Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada MUIP yang banyak membantu kami sekeluarga, malah bantuan berkenaan tidak pernah kami impikan sebelum ini.

  “Selain menyediakan rumah tempat kami sekeluarga berteduh, bantuan kewangan serta keperluan asas setiap bulan turut diterima,” katanya yang menetap di rumah sewa di Kampung Peramu, di sini, semalam.

  Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman bagi menyampaikan bantuan segera.

  Sementara itu Dr Asmadi berkata, pihaknya akan menyediakan kediaman baharu yang lebih selesa kepada keluarga berkenaan selain turut memberi bantuan kewangan serta keperluan asas berupa makanan setiap bulan.

  Katanya, MUIP juga akan menguruskan dua anaknya untuk ke sekolah kerana sebelum ini mereka tidak berpeluang ke sekolah walaupun mencapai usia tujuh dan lapan tahun.

  “MUIP berharap bantuan yang diberikan dapat mengubah kehidupan keluarga berkenaan. Masa depan anaknya yang masih kecil perlu dibela kerana mereka masih tidak memahami erti kesusahan. 

  “Pihak yang ingin membantu turut dialu-alukan bagi memastikan kehidupan keluarga berkenaan terus terbela, saya berharap pihak yang ada maklumat golongan miskin dan kesempitan hidup boleh berhubung dengan MUIP,” 

katanya yang akan terus berusaha mengesan serta membantu golongan memerlukan yang layak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *