Demi Ummah hulur bantuan kepada 270 keluarga terjejas banjir

Demi Ummah hulur bantuan kepada 270 keluarga terjejas banjir

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Nasib 270 keluarga yang terjejas banjir di Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana dan Kampung Gudang Rasau, di sini, mendapat perhatian Pertubuhan Demi Ummah.

  Pertubuhan berkenaan hari ini menghulurkan bantuan berupa barang keperluan, bantal dan selimut kepada penduduk di taman dan kampung terbabit.

  Setiausaha pertubuhan itu, Mohammed Nik Faisullah Reed berkata, bantuan bernilai RM15,000 itu diharap meringankan beban keluarga terbabit.

  “Prihatin dengan nasib penduduk, kami mengambil iniastif mengumpul dana dan menyerahkan bantuan berkenaan,” katanya pada majlis penyerahan bantuan di Taman Impian Perdana.

  Penyerahan bantuan itu disampaikan Mohammed Nik kepada Pengerusi Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana, Zawawi Che Hassan.

  Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Demi Ummah, Datuk Zul Hisyam Zainal.

  Sementara itu, Zawawi yang mewakili penduduk berterima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada keluarga yang terjejas banjir.

  “Bantuan ini amat bermakna kepada penduduk selepas kawasan perumahan kami ditenggelami air, baru-baru ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *