Pahang bantu pemain industri pelancongan terjejas akibat PKP

Pahang bantu pemain industri pelancongan terjejas akibat PKP

Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19 di seluruh Pahang mulai Jumaat ini tentunya menggusarkan pemain industri pelancongan di negeri ini.

  Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri melalui Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail segera bertindak menghulurkan Sumbangan Prihatin COVID-19 Kerajaan Pahang kepada pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri ini.

  Beliau berkata, sumbangan berjumlah RM270,000 itu disampaikan kepada wakil Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Pahang, Persatuan Pengusaha Bot Taman Negara dan Persatuan Bot Pelancong Pulau Tioman.

  “Turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada Tourism Pahang ialah Zulkifli Daud, iaitu pemandu pelancong di Taman Negara yang ditimpa musibah kebakaran,” katanya.

  Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

  Sumbangan disampaikan di Bilik Kunjung Hormat, Pejabat Menteri Besar Pahang, pagi tadi.

  Sementara itu, pada majlis ringkas sama, Wan Rosdy sempat menyerahkan ksumbangan banjir kepada UMNO Bahagian di negeri ini.

  “Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, saya menyerahkan sumbangan banjir daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang kepada UMNO Bahagian di negeri ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *