MUIP sedia bantuan makanan madrasah yang dikuarantin

MUIP sedia bantuan makanan madrasah yang dikuarantin

RTP Online

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Pic Mohd Imran Izzad 

TEMERLOH: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang  (MUIP) menyediakan  bantuan keperluan asas bernilai RM5,000 kepada Madrasah Darul Ulum Pondok Paya Siput, di sini, yang kini dikuarantin selepas pelajar dan gurunya dijangkiti pendemik COVID-19.

  Madrasah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2014

itu menempatkan seramai 85 pelajar, 50 warga emas dan 40 ahli keluarga serta lima guru.

  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan yang diberikan bagi meringankan beban ditanggung pihak pengurusan madrasah terbabit.

  Menurutnya, laporan yang diterima MUIP menyatakan ada pelajar dan guru disahkan positif Covid-19 dan semua mereka kini menerima rawatan dan keadaan mereka tidak membimbangkan.

  Katanya, kes berkenaan sudah dirujukkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh dan pihak berkuasa kini melakukan kawalan keselamatan di luar kawasan pondok berkenaan.

  “Pihak berkuasa kini bertindak tegas dengan tidak membenarkan warga pondok termasuk orang luar keluar atau masuk ke Madrasah Darul Ulum Pondok, Paya Siput dalam tempoh 10 hari.

  “Semua aktiviti pengajian dan solat jemaah turut tidak dibenarkan sementara,” katanya selepas menyerahkan bantuan keperluan asas kepada madrasah berkenaan.

  Beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan Kadi Temerloh serta PKD Temerloh bagi mengetahui perkembangan semasa.

  Dr Asmadi berkata, penyelarasan sumbangan bantuan makanan sepanjang tempoh kuarantin warga pondok akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *