Gamel, Ahmad sah penolong jurulatih Sri Pahang

Gamel, Ahmad sah penolong jurulatih Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC hari ini, mengumumkan Christophe Gamel  dan Ahmad Yusof dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan itu musim 2021.

Gamel (kiri) berbincang sesuatu dengan Dooley di Kuantan, semalam. – ihsan FB Thomas Dooley TD5

  Gamel dan Ahmad akan bergandingan dengan Thomas Dooley yang dilantik ketua jurulatih Sri Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

  Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pada masa sama, pelantikan Dollah Salleh selaku pengurus akan membantu memperkasakan lagi pasukan itu musim ini.

  “Gandingan empat individu yang berpengalaman diharap membentuk barisan pemain terbaik sepanjang mengharungi Liga M musim ini,” katanya.

  Berdasarkan rekod, Gamel, 48, pernah membimbing skuad kebangsaan Fiji dan pengalaman jurulatih berasal dari Perancis itu diharap membantu Sri Pahang melakar kejayaan.

  Mengulas pemilihan Gamel, Mohammed Suffian berkata, keputusan itu atas persetujuan Dooley yang ingin mendapatkan khidmat bekas jurulatih Fiji itu.

  Katanya, Gamel sudah berada di Kuantan selepas menamatkan tempoh kuarantin.

  “Sri Pahang mengharapkan persiapan pasukan berjalan lancar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *