Kompleks Ibu Pejabat MPK, pejabat cawangan Bukit Ubi ditutup untuk disanitasi

Kompleks Ibu Pejabat MPK, pejabat cawangan Bukit Ubi ditutup untuk disanitasi

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menutup Kompleks Ibu Pejabat MPK dan pejabat cawangan di Bukit Ubi, di sini, untuk kerja-kerja pembersihan dan sanitasi selama tiga hari, mulai esok.

Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, penutupan sementara itu dilakukan mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  Katanya, pelaksanaan kerja itu dilakukan dalam usaha menyekat penularan wabak pandemik COVID-19.

  “Sebaik proses sanitasi selesai sepanjang tempoh itu, sebarang maklumat berkaitan operasi MPK akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  Berdasarkan statistik kes COVID-19 di Pahang yang dikeluarkan KKM semalam, sebanyak 51 kes dilaporkan termasuk 29 kes direkodkan di Kuantan.

  Sehubungan itu, orang ramai dinasihat untuk mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

  Pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan dan  penjarakan fizikal satu meter perlu dipatuhi bagi menyekat penularan wabak terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *