PSDM naik taraf kemudahan stadium untuk aksi Liga M babitkan Sri Pahang

PSDM naik taraf kemudahan stadium untuk aksi Liga M babitkan Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

pic

KUANTAN: Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) menambah baik kemudahan di Stadium Darul Makmur, di sini, sebagai persediaan aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

  Pengurus PSDM, Mohd Izzuddin Mohd Kenali berkata, antara kemudahan yang dinaik taraf ialah mempertingkatkan tahap pengcahayaan lampu limpah, bilik persalinan dan tempat duduk penonton.

Pengurus Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM), Mohd Izzuddin Mohd Kenali meninjau Stadium Darul Makmur (SDM), Kuantan.

  Katanya, dengan penambah baik yang dilakukan itu, pihaknya percaya tahap keselesaan memenuhi kehendak  Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

  “Baru-baru ini, pihak (MFL sudah melakukan pemeriksaan tahap pencahayaan lampu limpah.

n

   “Setakat ini, PSDM tidak menerima teguran daripada MFL berhubung tahap pencahayaan yang ditetapkan iaitu 1,200 lux bagi aksi Liga M,” katanya.

  Mengulas keadaan padang rumput stadium, Mohd Izuddin berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan untuk memastikan rumput tumbuh dalam keadaan baik.

  “Alhamdulillah, hujan lebat ketika musim tengkujuh yang melanda Pahang terutama di  Kuantan baru-baru ini tidak menjejaskan padang rumput itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *